FAQ my4dollar.com
Kenapa saya perlu membeli pixel ini?Kenapa? Kerana anda berpeluang untuk menghubungkan website anda dan boleh dilayari oleh berjuta-juta pengguna sepanjang tahun dan juga untuk tahun-tahun berikutnya dalam jangka masa yang ditetapkan. Jaminan untuk jangka masa website anda ini boleh dilayari oleh pengguna adalah selama sekurang-kurangnya 3 tahun.
Anda boleh memastikan bahawa menerusi perkhidmatan pengiklanan di website ini, akan memberi laluan yang besar (HUGE traffic) kepada website anda sama ada website anda itu hanya untuk kegunaan persendirian atau pun website perniagaan yang boleh membawa keuntungan kepada anda.
Mengapa saya tidak boleh membeli hanya satu "single pixel" sahaja?Pada dasarnya satu "single pixel" adalah sangat kecil. Ini juga tidak efektif dan merupakan sebab untuk anda tidak boleh memaparkan apa-apa yang berkaitan dengan website anda itu dengan hanya satu pixel sahaja.
Satu pixel juga tidak boleh di klik dengan mudah. Jadi ianya tidak akan berfungsi dengan baik. Oleh itu saya memilih untuk menjual 1 blok pengiklanan di website ini, yang mana ianya mengandungi (20 pixel X 20 pixel). Ini lebih berguna kepada anda untuk mengiklankan website anda di sini dan seterusnya menarik perhatian pengguna untuk melayarinya.
Terdapat juga banner dimana pihak kami penyediakan saiz separuh banner (Half-banner). Saiz ini adalah piawaian tetap pengiklanan secara online. Saiz bagi separuh banner ialah (234 pixel X 60 pixel).
Berapakah harga bagi satu blok?1 blok pixel berharga RM 4 untuk setahun. 1 blok mengandungi 400 pixels (20 pixels X 20 pixels).
Terdapat juga saiz separuh banner yang dijual dengan harga RM 20 untuk setahun. Satu banner menpunyai saiz (234 pixel X 60 pixel).
Boleh tak sekiranya saya membeli lebih dari 1 blok?Ya, anda boleh membeli lebih dari 1 blok dan anda juga boleh membeli seberapa banyak blok yang anda perlukan. Selain itu juga, anda hanya perlu mendarab sebanyak RM 4 (bergantung mengikut pakej) dengan jumlah blok / pixel yang anda perlukan untuk anda mendapatkan harga yang sebenar.
Lebih banyak jumlah blok yang anda beli, lebih tinggi peluang untuk pengguna melihat dengan lebih jelas website anda dan ianya akan menarik perhatian pengguna untuk melayari laman website anda.
Bagaimana saiz blok ini didefinasikan?
Saya telah membeli beberapa unit blok. Jadi bagaimana caranya saya boleh mengembangkan pelaburan yang saya buat?Anda hanya perlu memberitahu sesiapa sahaja mengenai my4dollar.com, tidak kira sama ada kawan, kaum keluarga, pekerja, menerusi media dan sesiapa sahaja. Lebih ramai orang yang anda maklumkan, lebih ramai pengguna mengetahui dan melayari laman web anda.
Kesannya anda boleh lihat dengan kenaikan yang mendadak. Selain itu juga akan wujud laman web lain yang membuat pautan dengan my4dollar.com dan menerusinya juga anda boleh mengembangkan lagi laman web anda.
Berapa lama iklan saya akan dipaparkan?Untuk Pakej Pixel, iklan anda akan berada selama 1 tahun.
Untuk Pakej Banner, iklan anda akan berada selama 1 tahun.
Untuk Pakej Zon Percuma, iklan anda akan berada selama 30 hari.
Boleh tak saya memilih mana-mana grid untuk saya membeli blok yang ditawarkan?Ya, selagi ruangan tersebut tidak dimiliki oleh sesiapa.
Bagaimanakah caranya saya boleh membuat pembayaran?Buat masa sekarang pihak kami hanya menerima perbayaran yang dibuat menerusi Paypal sahaja. Walau bagaimanapun, pihak kami akan menambah beberapa cara lagi untuk lebih memudahkan anda bagi membuat pembayaran pada masa-masa akan datang.
Apakah kualiti pengunjung yang akan saya perolehi?Tidak ada yang boleh di nafikan; kerana kebanyakan klik berada secara rawak. Kebanyakannya daripada pengguna yang klik di atas imej untuk melihat siapa yang mendahului.
Walau bagaimanapun, hal ini tidak semestinya merupakan sesuatu yang buruk. Seberapa kerap anda secara kebetulan melalui website dan memikirkan mengenai ‘Oh, saya hanya melihatnya…’ atau ‘Saya mahu memiliki salah satu daripadanya…’ atau ‘Saya perlu melakukannya’ dan sebagainya.
Berapa lamakah masa yang diambil sebelum iklan saya dipaparkan dalam website anda?Iklan anda akan dipaparkan dalam tempoh 24jam dari masa anda mengaktifkannya. Pihak kami memerlukan masa untuk menyemak kandungan dan juga untuk memastikan pembayaran yang telah anda buat kepada kami menerusi Paypal. Pihak kami tidak akan mengaktifkan iklan anda sekiranya tiada bayaran dibuat. Bagi ruangan percuma, pihak kami akan menyemak kandungan iklan anda sebelum mengaktifkannya.
Pastikan yang anda tidak meletakkan sebarang imej atau tapak yang mengandungi unsusr-unsur lucah, perjudian atau sebarang material yang tidak berkaitan dengan website anda.
Saya telah menukar fikiran setelah pautan yang saya buat diterima dan dipaparkan. Boleh tak saya mendapatkan semula bayaran yang telah saya buat?Tidak. Apabila pautan website anda telah diterima oleh sistem kami, awak tidak layak untuk mendapatkan atau menuntut semula pembayaran yang telah anda buat.
Walau bagaimanapun kami berhak menukar pautan anda, jika anda masih lagi berkeras. Sila e-mailkan kepada kami tetapi anda akan dicas atas bayaran penyelenggaraan hanya sebanyak RM1 sahaja.
Bolehkah saya mempamerkan web bercirikan kedewasaan (adult)?Tidak, kami tidak menerima sebarang website yang mengandungi sesuatu yang lebih bercirikan kedewasaan. Web anda mestilah tidak ada berunsur lucah / menyakitkan hati / imej yang lebih berunsurkan kedewasaan / bercirikan politik atau isu semasa.Kami akan menapis dan hanya akan memilih apa yang bersesuaian sahaja.
Jika anda menghantar imej atau pautan dan tidak diterima oleh pihak kami, anda mempunyai peluang untuk membangunkan pilihan yang lain, jika tidak wang anda akan di kembalikan dan anda akan kehilangan blok tersebut.
Apakah yang di maksudkan dengan Pakej Pixel dan perkhidmatan apakah yang ditawarkan olehnya?Pakej Pixel merupakan bahagian blok yang berbayar di mana anda hanya perlu membayar sebanyak RM 4 per blok pixel untuk tempoh 1 tahun pengiklanan.
Kawasan pengiklanan merupakan keutamaan dan tempat terbaik untuk memberi pendedahan maksimum kepada pengguna, jadi pautan anda akan menghasilkan maksimum pengunjung.
Apakah yang di maksudkan dengan Pakej Banner dan perkhidmatan apakah yang ditawarkan olehnya?Pakej Banner merupakan bahagian iklan dimana menggunakan 1 blok banner berbayar di mana anda hanya perlu membayar sebanyak RM 20 per banner untuk tempoh 2 bulan pengiklanan.
Kawasan pengiklanan merupakan keutamaan dan tempat terbaik untuk memberi pendedahan maksimum kepada pengguna, jadi pautan anda akan menghasilkan maksimum pengunjung.
Apakah yang di maksudkan dengan Pakej zon percuma dan perkhidmatan apakah yang ditawarkan olehnya?Pakej zon percuma pula diberi untuk percubaan sahaja jadi anda boleh mencuba perkhidmatan kami tetapi pautan anda akan hanya berada selama 1 bulan sahaja dan maksimum blok yang boleh anda miliki adalah sebanyak 4 blok sahaja.
Pakej ini berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Jika saya masih mempunyai sebarang soalan, bagaimanakah caranya saya boleh menghubungi anda?Jika anda masih mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pihak kami menerusi e-mail di support@my4dollar.com
Syarat- syarat PenyertaanJika imej dan pautan anda di terima dan disiarkan, anda tidak boleh menerima bayaran balik.
Tidak berunsur lucah/ menyakitkan hati/imej yang lebih berunsurkan kedewasaan/ pautan yang akan diterima, dan kami hanya akan memilih apa yang bersesuaian dengan website kami. Jika anda menghantar imej atau pautan dan tidak diterima oleh pihak kami, anda mempunyai peluang untuk membangunkan pilihan yang lain, jika tidak wang anda akan di kembalikan dan anda akan kehilangan blok tersebut.
Jika pautan anda diterima dan anda menukarkan isi kandungannya yang berunsur lucah/ menyakitkan hati/imej yang lebih berunsurkan kedewasaan secara automatiknya pautan anda boleh disingkirkan pengiklanannya, sehingga anda membangunkan semula website baru yang menepati syarat penyertaan. Selain itu juga anda tidak akan menerima pembayaran balik untuk penyingkiran pautan anda itu.
Imej yang anda hantar mestilah dalam format GIF atau JPEG, dan dengan saiz fail yang berpatutan.
Anda juga boleh menghantar imej yang bercorak animasi. Iklan animasi anda perlulah dalam format Gif iaitu tanpa Flash dengan saiz fail yang berpatutan. Pautan hanya di buat menerusi laman web sahaja dan perlulah bermula dengan http:// or https://
Anda perlulah mempunyai hak sepenuhnya untuk membangunkan imej dan pautan kepada laman web yang anda hantar kepada kami.
Bayaran mestilah di terima sepenuhnya sebelum iklan anda disiarkan dalam website kami.
Berkemungkinan sesekali akan terdapat ‘downtime’ dalam perkhidmatan iklan terhadap laman web anda tetapi kami akan cuba untuk meminimumkannya.
Apabila anda membeli blok pixel dalam my4dollar.com, anda bukanlah ‘pemilik’ kepada laman web ini, tetapi anda mempunyai hak untuk menghantar imej atau pautan yang mana akan di siarkan dalam ruang website yang telah anda bayar.
Apabila anda membuat langganan dan anda telah membuat pembayaran sepenuhnya, iklan anda akan ‘online’ dalam masa 24 – 48 jam selepas anda menghantar maklumat pengiklanan website anda kepada pihak kami.
my4dollar.com akan mengendalikan pengawalan secara keseluruhan ke atas website anda ini, jika terdapat sebarang momen yang kami mahukan dan kami boleh membuat sebarang pengubahsuaian ke atas website anda ini, tetapi dalam masa yang sama anda akan diberitahu mengenainya menerusi blok pengiklanan anda.
|
|
|